BARU-BARU ini, pendakwah bebas Pencetus Ummah (PU) Syed telah bertindak menegur filem terbaharu arahan pelakon dan pengarah, Datuk Fizz Fairuz yang berjudul Mat Tudung Begins.
Menurut PU Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak, tindakan beberapa pelakon lelaki yang mengenakan pakaian menyerupai wanita seperti yang terpampang pada poster filem berkenaan sememangnya salah di sisi agama.
Malah, dia juga menyifatkan para pengarah di Malaysia ini seakan ketandusan idea sehingga terpaksa menghasilkan filem-filem yang melanggar syariat.
Tidak berdiam diri, Fizz tampil memberikan reaksi balasnya berhubung kenyataan tersebut menerusi satu hantaran di ruangan Instagram Stories.
Jelas Fizz, PU Syed tidak sepatutnya membuat sebarang persepsi negatif berhubung filem ini sebaiknya menonton terlebih dahulu untuk mengetahui jalan cerita yang sebenar.
“Terima kasih Syed, tapi kenyataan itu salah. Saya bukan hari-hari jadi wanita.
“Itu kan cerita. Jangan haramkan dulu sebelum tahu cerita sebenar,” tulisnya.
Selepas lapan tahun, filem komedi yang popular pada 2014, Mat Tudung yang menyaksikan Fizz melakonkan dua watak berbeza jantina, diterbitkan semula dengan versi baharu.
Diberi judul Mat Tudung Begins, kali ini, Fizz bukan sekadar berlakon, malah bertindak sebagai penerbit dan pengarah filem yang dianggarkan membabitkan kos RM800,000 itu.
Terdahulu, selain Fizz yang membawakan watak utama, filem ini juga turut menampilkan barisan pelakon seperti Achey Bocey, Isyariana, Maryam Duriankimci dan pempengaruh terkenal Indonesia, Mimi Peri. -Media Hiburan
Media Hiburan
Sat Jul 08 2023
Jelas Fizz, PU Syed tidak sepatutnya membuat sebarang persepsi negatif berhubung filem ini sebaiknya menonton terlebih dahulu untuk mengetahui jalan cerita yang sebenar. -Media Hiburan
AWANI Ringkas: Kuala Lumpur komited pupuk hubungan demi kemakmuran bersama
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kerajaan terus komited pupuk hubungan dengan negara China
Kerajaan akan terus komited memupuk hubungan Malaysia-China demi kemakmuran rakyat dan masyarakat serantau.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan di platform X pada Jumaat berkata, beliau juga tidak sabar menunggu lawatan Perdana Menteri China Li Qiang ke Malaysia semasa bagi meraikan ulangtahun yang ke-50 hubungan Malaysia-cChina.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan di platform X pada Jumaat berkata, beliau juga tidak sabar menunggu lawatan Perdana Menteri China Li Qiang ke Malaysia semasa bagi meraikan ulangtahun yang ke-50 hubungan Malaysia-cChina.
[INFOGRAFIK] Hubungan Diplomatik Malaysia-China
Berikut adalah info berkenaan dengan hubungan diplomatik Malaysia-China.
Zoo Melaka sasar 5,000 pengunjung sempena program MBLM esok
Zoo Melaka menyasarkan kemasukan kira-kira 5,000 pengunjung sempena pelaksanaan Program Melaka Bila Larut Malam (MBLM) bermula esok, kata Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) Datin
Malaysia-China komited terus kukuhkan hubungan diplomatik
Pertemuan itu sempena lawatan rasmi beliau yang pertama ke republik berkenaan bermula 22 Mei hingga esok.
Penyakit mulut bakal diberi keutamaan, dimasukkan dalam agenda NCD global
Penyakit mulut bakal menjadi keutamaan dan dimasukkan ke dalam agenda penyakit tidak berjangkit (NCD) yang baharu.
Kerajaan tekad nokhtahkan kemiskinan tegar di Sabah akhir Julai ini - PM
Kerajaan bertekad mahu noktahkan kemiskinan tegar di Sabah sebelum akhir Julai tahun ini.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.96 mata kepada 1,609.22 daripada 1,604.26 semalam.
Ringgit dibuka dalam sentimen positif berbanding dolar AS
Ringgit dibuka dalam sentimen positif berbanding dolar AS hari ini berikutan permintaan yang rendah terhadap mata wang AS itu.
Rapid Rail lakar sejarah, rekod sejuta pengguna dalam sehari
Jumlah itu adalah yang paling tertinggi pernah dicapai sejak penubuhannya.
Baby Shima saman pemimpin Pas, PU Syed
Baby Shima memulakan langkah awal untuk menyaman Ketua Pemuda Pas Kuantan, Abd Rahman Mat Noor dan pendakwah bebas, PU Syed.
'Itu kan cerita, jangan haramkan dulu' - Fizz Fairuz komen isu filem Mat Tudung Begins
Jelas Fizz, PU Syed tidak sepatutnya membuat sebarang persepsi negatif berhubung filem ini sebaiknya menonton terlebih dahulu untuk mengetahui jalan cerita yang sebenar.
Persembahan kurang sopan, PU Syed tegur artis, penganjur majlis berbuka puasa
Pendakwah selebriti, PU Syed menegur tindakan penganjur sebuah majlis berbuka puasa, susulan pemilihan persembahan yang dibuat pada majlis itu.
10 penceramah popular tak boleh terlalu kerap muncul di TV, radio?
Antara yang tersenarai, Ustaz Kazim, Samsul Debat, Dr Redzuan Tee Abdullah, Ustaz Abdullah Khairi, Ustazah Norhafizah Musa, Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Zamihan, PU Amin dan PU Syed.
Gelaran juara Pencetus Ummah 2015 milik PU Syed
Mimbar Akhir Pencetus Ummah 2015 yang berlangsung malam tadi telah menyaksikan PU Syed ditabalkan sebagai juara program realiti dakwah untuk musim ketiga itu.
PU Syed juara Pencetus Ummah
Syed Mohd Bakri Bin Syed Ishak atau P-U Syed dinobat sebagai juara Pencetus Ummah musim ke 3.